Asal usul Blemi

Pada sekitar 1000 SM, sekumpulan orang yang dikenali sebagai kumpulan C berpindah dari Nubia Hilir (antara Aswan dan Wadi Halfa moden) ke Nubia Hulu (Lembah Nil utara dari Dongola di Sudan), di mana mereka menubuhkan kerajaan Napata sekitar 750 SM. Kerajaan ini juga memerintah Mesir untuk sementara waktu, yang dikenali sebagai Dinasti ke-25. Pada masa yang sama, kumpulan lain yang dikenali sebagai "orang kubur belanga" tinggal di kawasan itu. Mereka berkemungkinan mempunyai kaitan dengan nama Medjay yang disebut dalam catatan bertulis.[5] Tapak yang berkaitan dengan mereka telah ditemui di Khor Arba'at dan Erkowit di tengah-tengah Beja masa kini.[6] Orang-orang ini tinggal dalam komuniti kecil di Lembah Nil bersama orang Mesir dan kumpulan C, sering bekerja sebagai pengakap, pahlawan, atau pelombong.[5] Kebanyakan mereka mungkin orang batak, berpindah-randah dan menternak haiwan seperti keldai, biri-biri, dan kambing di gurun. Selepas 600 SM, dinasti Napata hilang kawalan terhadao Mesir dan Nubia Hilir menjadi kurang berpenghuni. Ini berkemungkinan disebabkan oleh ketiadaan air yang semakin teruk di wilayah itu, menyukarkan pertanian.[7] Disebabkan perubahan iklim, paras Nil telah jatuh. Sehingga abad pertama Masihi, dengan pembangunan kincir air saqiyah, barulah kawasan itu mula dibangunkan lebih banyak penempatan kekal semula.[8] Sehingga itu, ia kebanyakannya didiami oleh orang batak gurun dan dianggap tidak selamat untuk kafilah tanpa perlindungan yang kuat.[9]